25 Dis 2009 / 08 Muharram 1431H
Assalamualaikum & salam hormat.
Pertamanya saya memohon kemaafan atas kelewatan untuk membuat makluman tentang status Iklan Mega CBC Edisi Terhad – Ogos 2009 yang nampaknya tidak dapat dilaksanakan pengiklanannya pada 14 Ogos 2009.
Sehubungan itu, di sini saya sertakan penama pengiklan yang telah membuat pembayaran deposit untuk iklan ini yang bernilai RM100.00 sama ada melalui akaun Maybank, CIMB mahu pun EV CBC.
Mengikut rekod yang ada dalam simpanan saya, penama-penama di bawah yang berwarna Coklat adalah mereka yang akan menerima pembayaran semula deposit yang telah diserahkan pada saya mulai Jum 2009 yang lalu. Namun jika ada penama yang telah membuat bayaran melalui Maybank / CIMB tetapi saya tidak warnakan dengan warna Coklat, sila maklumkan kepada saya.
Bagi mereka yang membuat pembayaran deposit melalui EV CBC pula, refund akan dimulakan pada 15 Oktober 2009 ( Khamis ).
Mulai 03hb Ogos 2009 ( Isnin ), Shout Box (SB) ini telah saya set up untuk Shouter Berdaftar sahaja yang boleh melihat & membuat post di sini.
Jika anda ingin menyertai SB ini, sila hantar semua info yang saya kehendaki.
___________________________________________________________________________________________
Anda dipersilakan untuk berbincang apa sahaja di Shout Box ini dalam suasana yang tidak tertekan, namun anda DILARANG menggunakan KATA-KATA KESAT, HASUTAN atau apa sahaja yang tidak wajar dipost. Jika anda melanggar syarat ini, saya tidak teragak-agak untuk BAN IP anda.
Bagi memastikan Shout Box ini dalam situasi yang terkawal & harmoni, jika ada rakan-rakan yang ingin menjadi ahli berdaftar, sila e-mel kan kepada saya { tokmat9988@gmail.com } dengan tajuk : Menjadi Ahli Berdaftar Shout Box Tok Mat, semua maklumat tersebut : Nama, No. Kad Pengenalan, ID CBC, Nombor Telefon, Bil Utiliti, Nick / ID di Mana-mana Forum ( e.g : NoGold, CariGold ), ID Pilihan serta Password yang diminta.
Sekian dan harap maklum. Selamat Berforum.